SAINS SUKAN 1, 6 RENDAH BIL.2 09.
Bahagian A
1. (a) Maksud sains sukan ialah Analisis secara saintifik terhadap latihan, senaman atau
aktiviti fizikal yang merangkumi teori-teori dari pelbagai disiplin ilmu seperti biologi,
kimia, fizik, dan psikologi. [2m]
(b) Ketiga-tiga konsep tersebut ialah
1. Sains sukan Gunaan
2. Sains sukan Generik
3. Sains sukan Tulen. [3m]
2. (a) Maksud program sains sukan kebangsaan ialah Implimentasi dan pengenalan sains
sukan di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. [2m]
[b] Tiga persamaan antara Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani ialah
1. Melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti berbentuk fizikal
yang lain.
2. Menjurus kepada meningkatkan tahap kemahiran, kecergasan dan kesihatan.
3. Menggunakan pendekatan yang terancang, sistematik dan saintifik dalam
perlaksanaannya.
4. Bahagian daripada cabang sains kemanusiaan. [3m]
3. [a] Tiga komponen sains sukan generik ialah
1. Sukan untuk kecergasan
2. Sukan untuk prestasi tinggi
3. Sukanmassa [3m]
[b] Sukan massa ialah sukan spontan yang diuruskan untuk menggalakkan penyertaan
yang meluas di kalangan anggota masyarakat bertujuan untuk mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. [2m]
4. (a) Maksud sains sukan berikut:-
i) Sains sukan untuk kecergasan
Atlit mengetahui cara-cara dan kaedah menjalani aktiviti bersukan dengan
betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan
dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan.
Contohnya atlit mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-
masing untuk kekalkan prestasi. [3m]
ii) Sains sukan untuk prestasi tinggi
- Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam
meningkat prestasi latihan dan program latihan yang lebih sistematik. Contohnya
corak latihan dan pemakanan yang diambil adalah spesifik kepada sukan yang
diceburi. Pengetahuan ini dapat membantu atlit mencapai kejayaan dalam
kejohanan yang disertai. [3m]
5. Matlamat sains sukan dari konteks berikut:-
[a] Pertumbuhan organ
Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan
membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu.
Ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai
prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem sistem organik tubuh badan dibangunkan
dan berfungsi dengan baik. [3m]
[b] Pertumbuhan otot saraf
Matlamat ini mlbtkan p’tumbuhan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal
dengan sedikit tenaga dan bergerak dengan cekap.Pergerakan yang berkesan b’g’tung kpd.
Kerjasama sistem otot dan saraf yg t’lbt di dlm. akt. spt berlari, melompat, menyepak,
melontar dll [2m]
6. Dua perbezaan antara sains sukan untuk kecergasan dengan sains sukan prestasi
tinggi.
Sukan untuk kecergasan
* Untuk semua lapisan Masyarakat
* Untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan masyarakat.
Sukan untuk prestas tinggi
o Untuk atlit sahaja
o Mementingkan pencapaian dan kemenangan. [4m]
7. Maksud
(a) Pembelajaran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus
kepada perubahan keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil
proses fizikal seperti praktis dan latihan.
(b) Perkembangan motor ialah bidang pengajaran pergerakan manusia yang
berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan
prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. [5m]
Bahagian B
8. (a) Dua perbezaan sains sukan dengan pendidikan jasmani
Pendidikan Jasmani
1. Aktiviti fizikal untuk memperolehi kemahiran, kecergasan dan kesihatan.
2. Memfokuskan pemerolehan dan pemurnian kemahiran motor.
3. Mencungkil dan mengenalpasti bakat pelajar dalam sukan.
4. Lebih bersifat amali.
Sains Sukan
1. Satu kajian / analisis saintifik merangkumi teori dari pelbagai disiplin ilmu.
2. Memfokuskan kepada teori dan aplikasi disiplin-disiplin ilmu.
3. Mendedahkan pelajar pada teori,prosedur dan aplikasi sains sukan
4. Bersifat teori dan kuliah. [4m]
[b] Sepuluh disiplin akademik sains sukan ialah
1. Biomekanik Sukan
2. Anatomi dan Fisiologi
3. Fisiologi
4. Kinesiologi
5. Lakuan Motor
6. Psikologi Sukan
7. Sosiologi Sukan
8. Kejurulatihan Sukan
9. Pemakanan Sukan
10. Kecederaan Sukan
11. Pengurusan Sukan
12. Rekreasi dan kesenggangan
[c] Konsep sains sukan dalam konteks berikut:-
i) Sains sukan generik
Kalsifikasi kesukanan yang berpandukan baka dan bakat. Terbahagi kepada 3
iaitu, sains sukan untuk kecergasan, sain sukan untuk prestasi tinggi dan sains sukan
untuk sukan massa [ setiap bahagian memerlukan huraian berserta contoh]. [3m]
ii) Sains Sukan Gunaan
Aplikasi sains sukan ke dalam sukan.
Contohnya, pengaplikasian biomekanik sukan dalam kajian mengenai ketepatan
momentum tendangan sudut dalam permainan bola sepak, Pengaplikasian
pemakanan sukan dalam merangka program latihan. [3m]
9. [a] Keempat-keempat matlamat sains sukan menurut Thomas, Lee & Thomas adalah
i) Pertumbuhan Organ
Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan
membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu. Ini
berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai
prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem sistem organik tubuh badan
dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Matlamat ini mengaplikasikan bahawa wujud
pembangunan kemahiran dan kebolehan di dalam pelbagai aktiviti dalam sukan dan
pembangunan organik bermula dengan tenaga, kekuatan, imbangan, kelembutan dan
koordinasi neurootot.
ii) Matlamat Pertumbuhan otot-saraf / kemahiran
Matlamat ini mlbtkan p’tumbuhan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan
fizikal dengan sedikit tenaga dan bergerak dengan cekap. Pergerakan yang
berkesan b’g’tung kpd. Kerjasama sistem otot dan saraf yg t’lbt di dlm. akt. spt
berlari, melompat, menyepak, melontar dll. Di dalam akt. PJ dan sukan kemahiran neurootot [fungsi p’g’rakan badan yg b’k’san] membekalkan seseorg. ind. dgn kebolehan melakukan sesuatu dgn kadar kecekapan yg tinggi. Maka, matlamat pj dan sukan adalah untuk
membangunkan seberapa byk kemahiran yang mungkin ada pd setiap individu supaya minat ind. bertambah luas dan pelbagai.
iii) Pertumbuhan emosi dan sosial
Matlamat pertumbuhan sosial utk menolong seseorg individu menyesuaikan diri
dalam keadaan tertentu dan memainkan peranannya sebagai ahli masyarakat.
Jika kepimpinan yang baik diberi, maka sukan dan pj mrpkan media utama utk
pencapaian objektif ini.
Matlamat lain ialah konsep kendiri. Unsur kejayaan dalam permainan fizikal
akan mendorong seseorg individu membangunkan keyakinan dirinya dan berpuas
hati dengan pencapaian sendiri. Sukan dan aktiviti fizikal menyumbang ke arah
pengalaman2 kejayaan dgn memberi peluang kepada individu dalam pelbagai
akt. dan membangunkan kemahiran asas demi m’capai kejayaan dlm aktiviti yg
disertai.
iv) Pertumbuhan Fizikal
Dlm peringkat pertumbuhan fizikal, individu biasanya diterima atau ditolak oleh
rakan sebaya kerana sifat-sifat fizikal. Oleh itu, adalah penting utk menggalakkan
pembangunan fizikal seseorg ind. kerana ind. perlu mengetahui kemahiran fizikal
dan mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengetahui kesannya terhadap
pembentukan imej sosial.
v) Pembangunan Insan
Pembangunan insan melibatkan sikap, apresiasi dan nilai. Melalui aktiviti pj dan
sukan seharusnya menekankan sikap-sikap seperti tolong menolong, mengiktiraf
sumbangan kegiatan fizikal terhadap kesihatan, memiliki sikap positif thdp akt.
fizikal dan sukan, menghormati org lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam
suatu kumpulan.
Melalui pembangunan insan yang hormani dan sihat ini, sesungguhnya sains
sukan, pj, aktiviti fizikal mampu menyumbang kepada pembangunan negara
melalui pembentukan warga yang sihat, cergas dan berpengetahuan untuk
bersaing di peringkat global. [12m]
(b) Maksud bidang dan disiplin akademik
Bidang adalah Bidang (field) adalah “a combanation of well-established disiplin
and one or more professions that deliver a social service and are focused on
common goals” (corbin)
Disiplin akademik bermaksud satu pengetahuan yang disusun secara kolektif
mendukung kursus pembelajaran secara formal utk mendptkan pengetahuan
secara formal, ianya tidak memerlukan aplikasi praktikal. Isi kandungannya
adalah secara teori dan berbeza dari teknikal (Henry). [3m]
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)